Azam Asri Positif Teruskan Misi Pembina 2020-2030

 

Muhammad Azam bin Asri

GOMBAK, 2 April – “Misi 2020 akan menjadi realiti dan secara tidak langsung Pembina akan menggariskan satu lembaran contoh untuk menjadi Gerakan Mahasiswa Islam yang kukuh’, ujar beliau ketika ditemuduga oleh wartawan Media Pembina.

Muhammad Azam bin Asri dilantik sebagai Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) semasa Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan kali ke-11 di Institut Genome Malaysia, Bangi. Beliau sendiri tidak menjangkakan akan dipilih sebagai nakhoda kepada Pembina. Namun, atas dasar semangat anak muda beliau sedia membawa Pembina melangkah lebih jauh.

Ketika ditanya kepada beliau apakah gambaran kepada gerak kerja Pembina dengan kepimpinan baru yang ada, beliau menjangkakan tidak ada perubahan besar pada misi Pembina 2030. Sekiranya ada perubahan sekalipun, mungkin daripada segi pendekatan sahaja tanpa mengubah objektif asal Misi Pembina 2030.

“Barisan Jawatankuasa Pembina Pusat kali ini bertanggungjawab untuk memastikan misi 2020 iaitu menjadi organisasi kukuh sebagai suatu kenyataan. Kepimpinan Pembina baik di peringkat pusat, cawangan mahupun IPT perlu lebih kuat, lasak dan berani,” ujarnya.

Sedikit latarbelakang Azam, beliau merupakan bekas Presiden Pembina Universiti Islam Antarabangsa Malysia (UIAM) Gombak. Sepanjang kepimpinan beliau, Pembina UIAM Gombak dinobatkan sebagai Kelab Terbaik UIA bawah Students Affair and Development Division (STADD) dan 5 anugerah di MATK Pembina. Beliau juga telah mengaktifkan segmen politik kampus di PEMBINA UIAM dan sering keluar membina hubungan dengan pelbagai pihak dari kalangan barisan kepimpinan mahasiswa lain. Kemudian hampir setahun beliau bergerak di bawah cawangan Pembina Gombak.

 

Disediakan oleh,

Nor Syamimi binti Musa

Wartawan Media Pembina