Antara Ikhlas & Senang

Sentiasalah doa diberikan keikhlasan lebih dari kesenangan.

Wujud keikhlasan kesenangan akan datang terus.

Tambah didalam keadaan yang sukar, dengan ikhlas dunia jadi luas bersama Allah..

Punca semua masalah adalah jauh dari Allah.

Samada hati yang jauh, atau perbuatan dan kehidupan yang jauh apabila meninggalkan tuntutannya.

Hati yang jauh, akan resah, hidup yang jauh akan lemh tidak berdisiplin dan remeh..

Maka dengan rapat dlam hidup dengan mujahadah dan disiplin amal, akan menghasilkan rapat dalam jiwa.

Jiwa yang rapat akan menghasilkan kesenangan.

Jadi mulakanlah dengan menolak diri dalam amal kepada Allah dengan penuh kesungguhan dan disiplin. Biar penuh dalam hidup dengan pelbagai urusan, buatlah walau jauh dari sempurna.

Disitu terbina ikhlas. Jauh benar kita dari hakikat ini..

Ya Allah kurniakanlah keikhlasan kepada kami. Ameen.

Ustaz Suhail Sufian

Setiausaha Agung PEMBINA Pusat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top