Anak Muda harus Kekal Berprinsip

 

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika bertitah di Majlis Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara di Putrajaya. – Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah

1) Pembina menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di ‘Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat’ di Hotel Marriott, Putrajaya.

2) Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah bertitah:

“Perkara-perkara yang telah dipersetujui ketika penggubalan Perlembagaan Merdeka, menyentuh prinsip-prinsip asas, tidak harus diperdagangkan untuk tujuan meraih keuntungan politik jangka pendek.”

“Prinsip-prinsip asas, terutama menyentuh Islam dan Melayu tidak boleh sama sekali dikompromikan. Walau apa sekalipun alasan, walau apa muslihatnya, matlamat jangka pendek oleh mana-mana pihak, jangan sampai ke peringkat menggadaikan nasib ummah di hari ini dan di hari muka. Ummah wajib berdiri teguh – berpendirian tegas, tidak berundur, walau setapak sekalipun.”

3) Sikap pragmatik anak muda yang ditonjolkan akhir–akhir ini amat merisaukan. Sebagai contoh, pemimpin-pemimpin muda yang terlibat dalam parti berprinsipkan membela hak pribumi atau Melayu, menzahirkan kecairan dalam mempertahan prinsip-prinsip sendiri dan memilih untuk tunduk kepada arus liberal.

4) Pembina telah menyentuh hal ini dalam Ucapan Dasar Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan ke-10, dengan menyentuh punca pergeseran identiti yang berlaku di Malaysia adalah tekanan politik kepartian, di mana identiti negara dijadikan perkara yang dikorbankan untuk berunding kuasa.

5) Pembina mengajak belia dan mahasiswa harus kekal berprinsip dalam setiap lapangan yang diceburi, termasuklah dalam pendidikan, pekerjaan, aktivisme seperti di dalam NGO dan juga yang terlibat dalam politik.

 

Eqwan Roslan
Presiden,
Persatuan Belia Islam Nasional

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top