AKU MELAYU MUSLIM

Dulunya aku juga begitu
Diantara umat yang keliru dan tidak ambil tahu
Sedih ku lihat bangsaku dan agamaku
Bersatu tiada, berpecah sentiasa

Ibarat singa yang dikijangkan
Akibat pemikiran yang masih dijajah, diperukkan
Tiada rasa izzah akan Islam yang tinggi
Sunyi sepi bila Islam disergah, dibuli
Bersuara tiada berani
Khuatir mengguris hati “teman” yang disanjung tinggi

“Say No To Hudud” kita turuti
Agenda Kristianisasi dikatakan sekadar “konspirasi”
Kini Oktoberfest dibiarkan sepi
Aduh, malangnya nasib bangsaku ini

Melayu bukan sekadar pertuturan
Bukan juga adat menjadi amalan
Lebih dari itu bahkan

Melayu mulia kerana Islam yang sejahtera
Terlakar dalam sejarah dan udang-undang tinggi negara
Kini bangsaku, lupa akan asal usulnya
Membuang identiti nenek moyang mereka
Yang diperjuangkan sehabisnya
Mati mempertahankan ketuanan bangsa dan agama

Melayu kini menunggu masa tersungkur kembali
Menanti pejuang gagah berani
Selamatkan tanah Melayu kembali

Jika bukan kamu
Biar taruhan itu aku
Pertahan bangsa dan agama perjuanganku

-Melayu Sejati, Islam Di hati-

Hasil Nukilan Ketua Beliawanis PEMBINA cawangan Ipoh Nur Zulaikha Tusiran & Aktivis PEMBINA Ipoh Helihafisah Ab Rahman

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top