Aktivisma PEMBINA Raih 2 Pingat INTEX17

Samarahan, 22 Mei – Pelajar tahun akhir Sarjana Biokimia di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang juga merupakan mantan Ketua Beliawanis Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) UNIMAS, saudari Sharifah Mohammad telah memenangi 2 pingat sekaligus di Inovation and Technology Expo 2017 (INTEX 17) baru –baru ini di sini.

“Ini adalah kali pertama saya menyertai Innovation and Technology Expo 2017 (INTEX 17) dengan membawa 2 produk hasil daripada pengajian
Sarjana saya selama 2 tahun berada di UNIMAS”, jelasnya lagi.

Ketika ditemuramah, beliau yang memenangi pingat Perak bagi kategori Science and Technology dalam projek Sagostar: Golden Syrup from Sago Fibre dan pingat Gangsa bagi projek E-Fibrosa: Eco Friendly Bioethanol from Sago Fibre Hydrolysate by Commercial Baker’s Yeast bercita –cita untuk menjadi seorang pengkaji, penyelidik, saintis juga pensyarah.

“Saya mengimpikan bahawa cita –cita saya ini dapat mengangkat martabat Islam dengan kajian –kajian penyelidikan yang lebih banyak lagi.

“Produk –produk saintis seperti ini dapat membawa kita menjadi hambaNya yang bersyukur dengan segala bukti kekuasaan Illahi”, tambahnya lagi.

Beliau yang kini merupakan Setiausaha Wanita ISMA cawangan Samarahan menegaskan lagi, sebagai seorang aktivisme dakwah, pelajaran memang yang pertama, tetapi dakwah bukan yang kedua kerana kedua –duanya adalah keutamaannya, seiring dan sehaluan.

Beliau berharap agar dapat menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang umum dan masyarakat kampung dan komuniti.

Wartawan

Farhanah Fauzi