Aktivis PEMBINA UniKL MIMET Tempa Kejayaan

Hafifi dan Akmal Afiq di AIREx.

LUMUT, 20 April – Berita yang membanggakan apabila beberapa orang ahli Pembina Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Malaysian Institute of Maritime Engineering Technology (MIMET) telah merangkul hadiah utama dalam program Apprentice Innovation & Research Exhibition (AIREx) 2018 pada 18 April ini.

Mohd Noor Hafifi bin Hassan dan Akma Husna berjaya memenangi pingat emas menerusi projek mereka bertajuk ‘Cleaning Oil Spills Using Iron Fillings’ sekaligus menewaskan mahasiswa dari IPT lain dari seluruh Malaysia. Manakala, saudara Akmal Afiq pula membentangkan projek bertajuk “The Development Fibre Processing Method for Marine Hybrid Composite”.

Pingat emas yang dimenangi di AIREx.

Menurut Hafifi yang juga merupakan Pengerusi Pembina UniKL MIMET, kemenangan ini tidaklah dijangka kerana beliau hanya menyertai AIREx selepas diminta oleh penyelia projeknya memandangkan beliau sedang mengikuti latihan industri.

“Bagi saya, kejayaan ini adalah bonus tetapi yang paling berharga adalah pengalaman menyertai program tersebut kerana ini adalah kali pertama saya mewakili UniKL MIMET dalam pertandingan sebegini. Setiap perkara yang kita laksanakan haruslah dilaksanakan dengan sehabis baik. Natijahnya terserah kepada Allah Maha Pemberi,” ujar Hafifi.

Mereka membuktikan bahawa aktif dalam Pembina tidak menghalang mereka untuk turut cemerlang dalam bidang akademik. Saudara Akmal Afiq yang merupakan Timbalan Presiden Pembina UniKL Mimet menegaskan selain terlibat dalam aktiviti mahasiswa bersama Pembina, program seperti ini turut bermanfaat untuk mahasiswa dalam membentuk kesarjanaan seiring dengan Misi Pembina yang keempat. Pertandingan ini memberinya peluang untuk berjumpa dengan para peserta daripada IPT lain dan menyaksikan kepelbagaian idea  dan inovasi.

AIREx telah berlangsung selama dua hari pada 17 dan 18 April yang lalu. Program ini merupakan sebuah program tahunan anjuran Bahagian Inovasi dan Penyelidikan UniKL MIMET. Ia bertujuan memberi mahasiswa pendedahan kepada dunia industri, di samping membawa projek inovasi mahasiswa ke ruang yang lebih luas.

Disediakan oleh,

Muhammad Annas Yahya,

Media PEMBINA UNIKL MIMET

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top