Sekarang ini, kebanyakan mahasiswa UA di Malaysia sedang dilanda resah kerana musim peperiksaan akan menjengah. Seperti biasa, sebelum musim peperiksaan kita akan diberikan minggu emas iaitu minggu study week.

Study week dalam Bahasa Melayu ialah minggu belajar. Jadi, sepanjang minggu ini mahasiswa akan pulun belajar. Minggu peperiksaan pula biasanya berjalan selama tiga hingga empat minggu. Beruntunglah bagi mereka yang jadual peperiksaan mereka kurang padat. Mungkin seminggu hanya ada satu atau dua kertas saja. Dan sakit sedikit lah bagi mereka yang ada kertas peperiksaan berturut-turut atau yang sadis lagi bila ada dua hingga tiga paper dalam masa sehari.

Dan kadang-kadang peperiksaan habis lambat, rakan sebilik atau yang sama ‘floor’ dengan bilik di kolej kediaman dah habis awal. Dengar diorang gelak-gelak, tengok ‘movie’ kuat-kuat dan paling sedih bila dengar bunyi roda beg tarik. Maknanya diorang dah balik rumah sedangkan kita kat sini ada banyak lagi yang belum habis.

Tenang saja. Itulah dia gelagat musim study week dan exam. Jadi sebelum terlambat, di sini ada tips sikit macam mana kita nak excel masa study week dan seterusnya excelent jawab paper.

Tips 1: Rancang study week

Yang ini penting sangat. Ada orang, study week dia berlalu macam itus saja. Tengok-tengok sehari sebelum exam terpaksa bersengkang mata sebab banyak lagi topic belum sentuh.

Makanya, elok rancang dulu jadual study week tu. Tengok-orang la. Ada orang dia suka baca satu per satu subjek. Contoh, hari pertama study week dia nak habiskan baca subjek TITAS je. Makanya sehari suntuk tu dia akan menghadap TITAS je lah kerjanya. Yang penting dalam masa sehari tu dia mesti habiskan baca.
Tapi tips yang nak dikongsi di sini macam ni.

Contoh kita ambik 6 subjek. So setiap subjek tu ada sub-topik masing-masing. Kenal pasti subjek apa dan subtopic mana yang kita kena focus lebih untuk faham dan untuk hafal.

Subjek 1: 10 sub-topik
Subjek 2: 8 sub-topik
Subjek 3 : 12 sub-topik
Subjek 4: 7 sub-topik
Subjek 5: 10 sub-topik
Subjek 6: 13 sub-topik

Kiranya semua sekali ada 60 subtopik tu. Dan setiap subjek ada lebih kurang 50% topic yang kita kena lebihkan baca dan fahamkan. Ok lepas tu kita masukkan la dalam jadual. Dalam jadual tu, bahagi kepada tiga masa utama iaitu pagi, petang dan malam. Pagi study la subjek yang perlukan pemahaman lebih dan kena banyak membaca sebab waktu pagi otak kita fresh. Petang baca subjek yang kurang bacaan macam kira-kira ke, lukis ke statistik ke. Dan malam baca la mana-mana pun.

Sila pastikan kita dapat rehat dan tidur yang secukupnya. Kalau tidur lima jam cukup untuk buat kita segar pada esok paginya, maka tidurlah 5 jam malam tu. Jangan stay up sampai pagi tu terlepas subuh dan tidur seleps subuh. Sayang kot. Waktu pagi tu la berkat.

Kira berapa hari yang kita ada untuk study dan pecahkan kepada tiga pecahan sehari. Contohnya, esok pagi kita akan baca Subjek 1, subtopic 1 sampai 4. Susunlah jajdual tu supaya kita dapat pastikan kita dapat habiskan baca semua topic dan sebelum hari paper tu tiba, kita dah ready dah dengan jawapan. Cewah!

Tips 2: Bina environment kondusif

Kalau dah namanya study week, janganlah study atas katil. Confirm lah study lima minit, tidur sejam. Jadi, seeloknya binalah suasana yang kita selesa untuk study. Kalau selesa study dalam bilik asrama silakan. Jangan tergoda dengan katil sudah. Lagi seronok kalau dapat tukar-tukar. Contoh pagi tu study kat library supaya masa tu kita boleh focus dalam keadaan otak yang segar. Selepas itu petang nak study dekat bilik study kat kolej pula. Mungkin agak kurang senyap sebab ramai orang, tapi masa itulah masa untuk kita mudah mengantuk kan? Jadi kalau study tempat yang ramai orang, sekurang-kurang kurang kecenderungan untuk tertidur masa baca muka pertama nota.

Tips 3: Ajak kawan study

Rancanglah dengan kawan-kawan nak study kat mana, kalau tak study group pun sekurang-kurangnya boleh study tempat yang sama. Kalau dia nampak kita tertidur-tidur boleh dia kejutkan dan sebaliknya. Kawan itu tak semestinya rakan sekelas kita. Tapi kalau rakan sekelas lagi bagus, kalau tengah tersangkut study tu boleh main soal-soal atau cuba jawab soalan past year sama-sama.

Tips 4: Kurangkan gangguan

Sediakan persiapan nak pergi dewan peperiksaan seawal masa study week. Alat tulis, barang-barang keperluan exam pastikan selesaikan terlebih awal. Biar nanti masa study week tu kita tenang saja. Janganlah masa tu sibuk nak pergi buat kad matrik sebab hilang masa study kat library. Lagi bagus, untuk orang yang rajin ni kalau dapat siapkan baju yang digosok untuk setiap paper tu.

Antara gangguan lain ialah sakit. Kononnya masa study tu stress sangat. So nak cuba la makan dekat luar. Sekali makan, rupanya tak bersih dan sakit perut. Kan dah susah. Jadi, jagalah kesihatan supaya semuanya berjalan lancar.

Tips 5: Take a rest!

Badan kita ni kalau ‘overused’ pun bahaya juga. Jadi, setelah sepanjang hari study, bawalah berehat sekejap. Jangan lupa untuk rehat lepas sejam study. Pusing-pusing taman kejap ke, buat air ke, baca Quran sekejap ke..tapi awas, jangan cuba buka laman sosial. Takut niat nak rehat lima minit jadi 30 minit. Ok je nak bukak, tapi jangan la masa tengah study gatal nak ambik handphone sebab ada bunyi notification orang komen dekat post kita.

Antara lepas asar sampai maghrib tu bagus juga kalau dapat riadah sikit. Takpun buat kerja-kerja lain macam basuh baju, susun nota, pergi usrah ke.

Itu saja 5 tips untuk cemerlang study week dan exam.

Yang penting adalah kita tahu apa kekuatan dan kelemahan diri kita lalu kita optimumkan kekuatan dan seimbangkan untuk mengatasi kelemahan kita.

Iqra’. Bacalah.
Haiya ‘alal falah. Marilah menuju kejayaan.

Sekian.

Author PEMBINA JKP

More posts by PEMBINA JKP

Leave a Reply