Bahasa Melayu adalah asas perpaduan rakyat Malaysia.

1) Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong, salah seorang dari panelis Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat anjuran Panel Perunding Perpaduan Ummah MDNB, juga Felo Utama, Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menyatakan sudah sekian lama bahasa menjadi salah satu faktor utama dalam usaha menyatupadukan masyarakat dalam sesebuah negara.

Beliau juga menegaskan bahawa bahasa Melayu adalah salah satu faktor utama yang akan menyatupadukan masyarakat di Malaysia ini.

2) Pernyataan ini juga selari dengan strategi pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu seperti yang tertulis di dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Tertulis juga di bahagian lain dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan, “Tujuan Utama Memartabatkan Bahasa Malaysia (MBM) adalah untuk mengembalikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa”

3) Sehubungan dengan itu, PEMBINA menyokong pernyataan Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong supaya menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama yang akan membawa kepada perpaduan ummah.

4) Di samping itu, PEMBINA juga menyeru semua rakyat Malaysia untuk berpegang sama pada perkara ini dan menolak sebarang cubaan-cubaan jahat yang cuba memecah belahkan keharmonian dan perpaduan yang cuba dicapai selama ini.

Ahmad Muslihuddin Rozlan
Ketua Jawatankuasa Informasi dan Kajian
Persatuan Belia Islam Nasional

Author media

More posts by media

Leave a Reply