Dalam mengekalkan kelestarian (sustainability) dan mobiliti, Pembina meneruskan perjalanan dengan meletakkan 7 misi menuju tahun 2030 sebagai pelan untuk membentuk ahli Pembina sebagai satu sosok tubuh yang mampu ke hadapan dalam memimpin masyarakat mengikut kapasiti mereka dalam bidang masing-masing. Pembina terus pandang ke depan dengan misi ini. Pembina pada tahun 2030, diharapkan supaya dapat meneruskan tugas asasinya. Pembina juga akan menghasilkan pemimpin yang berwibawa dalam kalangan ahli Pembina sendiri. Pemimpin yang paling sejahtera, yang boleh diharapkan dan terlepas dari kemudaratan yang membelenggu generasi sekarang. Misi ini adalah misi yang harus disokong dan ditekuni oleh setiap ahli Pembina. Ini adalah masa untuk seluruh ahli Pembina bekerja dengan lebih gigih, merangka segala langkah gerak kerja, membentuk cara fikir dan menjalankan aktiviti berlandaskan misi 2030. Bagi memastikan misi ini tercapai, beberapa tanda aras telah diletakkan supaya fasa kematangan ini dapat dinilai mengikut tiga fasa. • Tahun 2017 sehingga tahun 2020, organisasi Pembina berada dalam keadaan yang kukuh dan stabil. • Tahun 2021 sehingga tahun 2025 Pembina mempunyai kedudukan strategik dalam sektor pendidikan khususnya di institusi-institusi pengajian tinggi. Dengan itu, boleh berhubung baik dengan individu, agensi dan jabatan yang penting di alam universiti dan mahasiswa. • Tahun 2026 sehingga tahun 2030, Pembina berjaya menghasilkan kepimpinan belia yang syumul. Selari dengan tema “Membangun Rijal, Menggalas Kepimpinan”, pelan ini jelas akan membantu membawa Malaysia ke arah negara yang lebih baik dengan lahirnya pemimpin-pemimpin yang memahami Islam yang syumul serta lengkap dengan pakej sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dan diterima oleh masyarakat. Oleh, Nor Syamimi binti Musa Kolumnis PEMBINA

Pembina 11 Tahun, Lonjakan Menuju Tahun 2030

Dalam mengekalkan kelestarian (sustainability) dan mobiliti, Pembina meneruskan perjalanan dengan meletakkan 7 misi menuju tahun 2030 sebagai pelan untuk membentuk ahli Pembina sebagai satu sosok tubuh yang mampu ke hadapan dalam memimpin masyarakat mengikut kapasiti mereka dalam bidang masing-masing.

Pembina terus pandang ke depan dengan misi ini. Pembina pada tahun 2030, diharapkan supaya dapat meneruskan tugas asasinya. Pembina juga akan menghasilkan pemimpin yang berwibawa dalam kalangan ahli Pembina sendiri. Pemimpin yang paling sejahtera, yang boleh diharapkan dan terlepas dari kemudaratan yang membelenggu generasi sekarang.

ini adalah misi yang harus disokong dan ditekuni oleh setiap ahli Pembina. Ini adalah masa untuk seluruh ahli Pembina bekerja dengan lebih gigih, merangka segala langkah gerak kerja, membentuk cara fikir dan menjalankan aktiviti berlandaskan misi 2030.

Bagi memastikan misi ini tercapai, beberapa tanda aras telah diletakkan supaya fasa kematangan ini dapat dinilai mengikut tiga fasa.

  • Tahun 2017 sehingga tahun 2020, organisasi Pembina berada dalam keadaan yang kukuh dan stabil.
  • Tahun 2021 sehingga tahun 2025 Pembina mempunyai kedudukan strategik dalam sektor pendidikan khususnya di institusi-institusi pengajian tinggi. Dengan itu, boleh berhubung baik dengan individu, agensi dan jabatan yang penting di alam universiti dan mahasiswa.
  • Tahun 2026 sehingga tahun 2030, Pembina berjaya menghasilkan kepimpinan belia yang syumul.

Selari dengan tema “Membangun Rijal, Menggalas Kepimpinan”, pelan ini jelas akan membantu membawa Malaysia ke arah negara yang lebih baik dengan lahirnya pemimpin-pemimpin yang memahami Islam yang syumul serta lengkap dengan pakej sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dan diterima oleh masyarakat.

Oleh,
Nor Syamimi binti Musa
Kolumnis PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top